Tauhu Begedil Dan Sambal Kicap Yang Padu Resepi Che Nom

Tauhu begedil yang pernah viral suatu ketika dulu tapi sekarang masih ramai yang sukakan menu ni dan juga menjadi punca rezeki untuk jualan. Apa yg menentukan sedap tak sedap tauhu begedil tu, inti begedilnya mestiah cukup semua rasa dan tektur yang sempurna, dan sambal kicap mestilah padugabungan tu yg akan membuatkan tauhu begedil ni larisatau laku keras org kata. NOTA PENTING: untuk salutan yang lebih garing, campur 1-2 sudu besar tepung jagung dalam adunan telur.

Bahan-Bahan:

  • Bahan-bahan untuk tauhu begedil:
    • 300g / 25-30 biji tauhu kering
    • biji bawang besar
    • 150g daging kisar
    • 6-7 biji kentang
    • 3 tangkai cili merah
    • sedikit daun sup
    • cawan bawang goreng
    • sudu kecil lada sulah
    • garam secukup rasa
    • 2 biji telur
    • secubit garam
  • Bahan-bahan untuk cili kicap:
    • biji bawang besar
    • 3 biji bawang merah
    • 5-6 ulas bawang putih
    • 10 tangkai cili padi
    • 2 tangkai cili merah
    • sedikit minyak
    • Anggaran 1 cawan kicap manis ABC
    • Anggaran 1/3 cawan kicap manis cap Kipas Udang

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk tauhu begedil:
    1. Gunting permukaan tauhu kering dan keluarkan isinya. Asingkan dulu isi dan tauhu kering.
    2. Cincang halus daun sup dan cili merah.
    3. Hiris nipis kentang dan bawang merah. Kemudian potong dadu biji bawang besar.
    4. Panaskan minyak dan goreng hirisan bawang merah sehingga kekuningan dan garing. Gorengkan dengan api yang sederhana.
    5. Angkat dan toskan minyak selepas bawang merah kelihatan keperangan.
    6. Kemudian, goreng kentang sehingga sedikit kekuningan lalu angkat dan toskan minyak.
    7. Tumis bawang besar serta masukkan daging kisar. Gaul sehingga ia masak serta kering airmya.
    8. Tambah serbuk lada dan garam secukup rasa.
    9. Bila air daging sudah kering, angkat dan ketepikan dulu.
    10. Lenyek kentang goreng sehingga lumat lalu masukkan isi tauhu kering, cili merah, sedikit daun sup, daging kisar goreng, setengah cawan bawang goreng, lada sulah dan garam.
    11. Gaul rata kesemua bahan sehingga sebati.
    12. Bulatkan inti dan masukkan atau sumbat kedalam tauhu kering.
    13. Pecahkan telur kedalam mangkuk dan sedikit garam. Kacau sehingga rata.
    14. Celup tauhu begedil kedalam telur dan goreng kedalam minyak yang panas sehingga ia masak keperangan.
    15. Angkat dan toskan minyak lalu tauhu begedil siap untuk dihidang.
  2. Cara-cara untuk sambal kicap:
    1. Hiris kasar bawang besar, bawang merah dan bawang putih. Potong atau patahkan cili padi dan cili merah.
    2. Goreng bahan-bahan kedalam minyak panas dan masak sehingga ia layu serta lembut. Kemudian, angkat dan toskan minyak.
    3. Masukkan bahan kedalam pengisar. Tambah kicap manis ABC dan kicap manis cap Kipas Udang lalu kisar sehingga sederhana halus.
    4. Selepas siap dikisar, perah limau nipis jika mahu.

Lihat video cara-cara memasak di bawah, selamat mencuba!

Pes bawang merah
Pes bawang putih
Set kombo
Pes bawang merah
Pes bawang putih
Set kombo

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Shopping Cart
Scroll to Top
%d bloggers like this: